Perbelanjaan Lepas Kahwin Jauh Lebih Tinggi Sebenarnya!

Kebiasaanya mereka yang tidak sedar akan perbelanjaan selepas kahwin yang lagi tinggi nilainya adalah kaum perempuan, ianya amat berbeza ketika saat anda mahu mendirikan rumah tangga dengan ketika anda sudah mendirikan rumah tangga.

"kebiasaanya mereka yang tidak sedar akan perbelanjaan selepas kahwin yang lagi tinggi nilainya biasanya kaum perempuan sahaja"

Ternyata, mereka lebih memandang kemeriahan pada hari bahagia mereka, yelah, bila dah sekali seumur hidup, mesti anda nak capai majlis yang paling meriah kan?

Tak salah pun, cuma, biar kena pada bajet anda. Kerana, anda tak sedar akan perbelanjaan selepas kahwin. Ianya JELAS LAGI NYATA bahawa perbelanjaan selepas kahwin lagi memerlukan wang yang banyak;
  1. Sewa rumah (deposit sahaja pun dah tinggi)
  2. Beli peralatan rumah (perabot, peti ais, mesin basuh, barang dapur)
  3. Perbelanjaan harian sudah meningkat (kalau sebelum ini makan settle sendiri, tapi sekarang dah ada isteri/suami)
  4. Bila dah dikurniakan rezeki anak, makin bertambah perbelanjaannya. Namun ingat, setiap anak adalah rezeki buat setiap pasangan :)

Namun, kalau dah bernikah dengan pasangan yang kaya, itu adalah bonus buat anda, terpulang pada anda sendiri, malah anda kene ingat, rezeki ini bila-bila masa sahaja Allah boleh tarik, jangan terlalu mengharapkan pada kekayaan yang sudah dimiliki, namun sentiasa berusaha dan jangan sesekali boros dalam berbelanja.

Kalau sudah ditakdirkan sesuatu yang tidak diingini menimpa anda dan pasangan, sekurang-kurangnya anda sudah mempunyai saving yang mencukupi. Ini adalah kerana, kita tidak dapat mengetahui apa akan terjadi pada nasib kita untuk masa yang akan datang. Oleh itu, sentiasalah beringat dalam apa yang anda ingin lakukan.

Ni kalau dah habis berpuluh ribu untuk majlis perkahwinan sahaja, betapa membazir nya anda, astarghfirullah, jauhilah dari perbuatan itu. 

Ingat, utamakan yang penting sahaja, dan selepas berkahwin, tak ada lah sampai nak ikut perut kan? Nikmati saat bahagia anda dengan pasangan tanpa sebarang masalah kewangan. Baru anda pun akan happy je.  Wallahualam.. :)

0 comment... add one now