Selepas 44 Tahun, Rooney Akhirnya Berjaya Menyamai Rekod Sir Bobby Charlton

Wayne Rooney kini sebaris dengan pemain lagenda Red Devils dan England, Sir Bobby Charlton sebagai pemain Manchester United dengan jumlah jaringan paling banyak buat kelab tersebut.


Gol yang ke-249 buat Rooney tersebut hadir ketika perlawanan Piala FA menentang kelab Reading. 

Penyerang yang menerima kritikan ramai sejak akhir-akhir ini membuka jaringan buat Manchester United sebelum tiga lagi gol dijaringkan oleh Anthony Martial dan Marcus Rashford dengan dua gol untuk memberikan kemenangan 4-0 ke atas Reading.

Kini selepas 44 tahun, rekod jaringan paling banyak yang sebelum ini direkodkan oleh Sir Bobby Charlton sejak tahun 1973 turut dikongsi oleh Wayne Rooney. Lebih manis lagi, Rooney berjaya melakukannya dalam hanya 13 tahun berbanding Sir Bobby Charlton yang mengambil masa 17 tahun untuknya.

Dengan rekod terbaru ini, Wayne Rooney dilihat tidak mempunyai masalah untuk mengatasi jumlah 249 gol seterusnya muncul pemain paling banyak gol dalam kesemua pertandingan buat Manchester United.


Mari kami kongsikan nama-nama pemain Manchester United dengan rekod jaringan tertinggi sepanjang mereka beraksi buat kelab itu:
  1. Wayne Rooney - 249 gol
  2. Bobby Charlton - 249 gol
  3. Denis Law - 237 gol
  4. Jack Rowley - 211 gol
Jika Wayne Rooney mampu menjaringkan lebih banyak gol dan memecah rekod jaringan kelab yang terdahulu, maka peminat sudah boleh mengangkat beliau sebagai salah seorang lagenda Manchester United di era moden!

0 comment... add one now