Spender Ini Melindungi Zakar Anda Dari Kanser Akibat Radiasi Smartphone


Kajian sains selama lebih sedekad mendapati pendedahan kepada isyarat selular dan WiFi tidak meningkatkan kebarangkalian menghidap kanser. 

Hasil kajian tersebut berjaya membuatkan ramai orang terutamanya kaum lelaki tidak lagi risau untuk menggunakan telefon pintar mereka. Namun masih ada sebahagian insan yang enggan menerima keputusan kajian ini dan hidup serba ketakutan. Jadi bagi golongan seperti ini, Spender Spartan dihasilkan.

Spartan ialah seluar dalam yang dapat menghalang 99% gelombang selular, radio dan WiFi dari menyerang organ pembiakan lelaki. 

Menurut pereka Spartan ini akan mengelakkan masalah kesuburan. Benang perak digunakan pada fabrik seluar dalam ini dan mewujudkan sangkar Faraday di sekeliling organ pembiakan. 


Spartan dijual pada harga €43 (RM 197) sepasang. Jika anda berminat, boleh dapatkannya di laman web jualan rasmi Spartan Underwear.

0 comment... add one now