(VIDEO) Zulin Aziz Terkena Cirit Birit

Kuala Lumpur: Berikutan makan di warung ketika bercuti di sebuah negara baru-baru ini, pengacara Zulin Aziz, 27, mengalami cirit-birit akibat keracunan makanan dan dimasukkan ke hospital selama empat hari sebaik tiba di tanah air, Rabu lalu.


Zulin berkata dia ke negara itu bersama dua rakannya dan membeli makanan yang dijual di warung tepi jalan pada hari pertama di sana.

“Makanan itu memang sedap tetapi tidak lama kemudian perut saya mula memulas. Saya biarkan saja tanpa mengambil sebarang ubat kerana ingatkan tak serius.

“Lima hari berada di sana perut saya asyik sakit dan beberapa kali keluar masuk tandas.

“Dalam penerbangan balik ke Kuala Lumpur, saya rasa tak keruan tetapi apabila sampai di rumah saya rasa okay. Esoknya saya bekerja seperti biasa tetapi hari Jumaat lalu saya terbaring dan rasa tak bermaya kerana cirit-birit,” katanya.

Menurut Zulin lagi, ketika mendapatkan rawatan di hospital dia dimaklumkan keadaannya teruk dan mengalami dehidrasi.

“Saya ditahan di wad dan dimasukkan lima botol air. Pagi tadi, saya dibenarkan pulang ke rumah.


“Nampaknya kalau ke negara itu lagi terpaksalah berhati-hati jika mahu makan. Ini kali pertama saya ke sana, manalah tahu situasi sebenar. Jadi, mana yang nampak sedap di mata, saya makan saja,” katanya katanya yang pertama kali ditahan di wad.

Sementara itu, dua lagi rakannya mengalami demam campak dan demam panas.

0 comment... add one now