Berita Terkini, Akhbar Online dan Isu Semasa

Berita terkini Malaysia!! Blog ini juga turut menyampaikan berita yang menarik juga terkini. Bak akhbar online, di sini akan tersusunnya isu semasa sebagai bahan bacaan anda di akhbar online ini, semoga isu semasa ini di cari.

Adam Adli direman 5 hari bermula hari ini

by Kamarul Anuar May 19 2013, Info Terkini

SHAH ALAM – Aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim telah ditahan reman selama lima hari di bawah Kanun Keseksaan 124 B  dan Seksyen 4 (1) C Akta Hasutan bermula pada hari ini. Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden (Kami), Khalid Mohd Ismath berkata, sehubungan dengan penahanan Adam Adli, kumpulan aktivis akan terus ‘berkampung’ di hadapan lokap tersebut [...]

Berita sepenuhnya →

Adam Adli kena tahan mengikut Akta Hasutan

by Kamarul Anuar May 19 2013, Info Terkini

Kuala Lumpur: Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abd Halim telah ditahan oleh pihak polis mengikut Seksyen 4 (1) (C) Akta Hasutan 1948, semalam. Adam, 24, yang juga aktivis pelajar ditahan oleh sepasukan polis jam 3.15 petang di Bangsar Utama di sini. Dia ditahan berikutan kenyataan yang berbaur hasutan yang dibuatnya pada Forum [...]

Berita sepenuhnya →

Ketua Pemuda Umno Bagan Serai meninggal

by Kamarul Anuar May 19 2013, Info Terkini

BAGAN SERAI – Ketua Pemuda Umno bahagian Bagan Serai, Sharudin Ahmad yang tidak sedarkan diri sejak tiga hari yang lalu kini disahkan telah meninggal dunia malam tadi. Allahyarham meninggal dunia akibat komplikasi hati, jantung dan buah pinggang setelah dijangkiti bakteria di Hospital Taiping pada jam 8.30 malam. Sebelum ini arwah telah dirawat dibawah Unit Rawatan [...]

Berita sepenuhnya →

Russell Brand Dapat Gelaran ‘Lelaki Paling Busuk’

by Black Hat May 19 2013, Info Terkini

  Russell Brand. PELAWAK dan pengacara terkenal iaitu Russell Brand telah diberi gelaran sebagai selebriti ‘Lelaki Paling Busuk’  di dalam dunia hiburan berdasarkan penampilannya yang selekeh dan tidak terurus. Russell, 37, mendapat undian sebanyak 35 peratus daripada kajian yang dijalankan oleh Panasonis Steam Washing Report di United Kingdom baru-baru ini. Dalam tinjauan tersebut, orang awam [...]

Berita sepenuhnya →

Tiga jalan di KL sesak hampir 5 jam akibat pasir bertaburan

by Black Hat May 19 2013, Info Terkini

KUALA LUMPUR: Jalan Pahang menghala ke Setapak di sini hari ini mengalami kesesakan teruk hampir lima jam apabila sebuah lori membawa pasir tidak mengikat kemas kanvasnya dan menyebabkan pasir yang dibawa bertaburan di atas jalan raya. Dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi tadi, pasir yang bertaburan di atas jalan raya menyebabkan jalan menghala ke Jalan Tun [...]

Berita sepenuhnya →

Isteri didera hingga mati kerana enggan rujuk semula

by Kamarul Anuar May 18 2013, Info Terkini

KUALA LUMPUR – Seorang suri rumah dilaporkan telah meninggal dunia dipercayai akibat didera suaminya di sebuah rumah di Taman Bahagia, Jalan Puchong di sini. Wanita yang berumur 28 tahun itu meninggal dunia sejurus dibawa masuk ke wad kecemasan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada pukul 1.10 pagi. Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee [...]

Berita sepenuhnya →

RL7: Xtra & Pahat Tersingkir di Minggu Muzikal Komedi

by Black Hat May 18 2013, Info Terkini

KUALA LUMPUR, 18 MEI 2013: Tema muzikal komedi di minggu keenam Gelanggang Raja Lawak 7 (RL7) mungkin membawa kemeriahan kepada penonton namun tidak bermakna kegembiraan itu kekal hingga ke hujung rancangan. Sepert biasa, ada penyingkiran yang akan berlaku cuma kali ini bukan satu sebaliknya dua penyingkiran yang akan dilakukan. Xtra dan Pahat menjadi mangsa di [...]

Berita sepenuhnya →

Khalid terima watikah pelantikan Ketua Polis Negara

by Kamarul Anuar May 17 2013, Info Terkini

KUALA LUMPUR: Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini telah menerima watikah pelantikan Ketua Polis Negara dalam satu majlis di Bukit Aman, di sini. Watikah pelantikan tersebut diserahkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi. Menurut sumber dari laman rasmi Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) Abdul Rahim turut menyerahkan watikah [...]

Berita sepenuhnya →

Saiful Bukhari bakal kahwin Nik Suryani

by Black Hat May 17 2013, Info Terkini

  Saiful Bukhari atau nama sebenarnya Mohd Saiful Bukhari Azlan yang terbabit dalam kes liwat Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menamatkan zaman bujangnya pada 25 Mei 2013 ini. Menurut sumber, Saiful Bukhari akan bernikah dengan personaliti TV3, Nik Suryani Megat Deraman yang akan berlangsung di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, [...]

Berita sepenuhnya →

Senarai Rasmi Menteri Kabinet Baru 2013

by Black Hat May 15 2013, Info Terkini

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini telah mengumumkan Kabinet yang baru di pejabatnya di Putrajaya tadi. Barisan kabinet baru tersebut dijangka menyaksikan satu pasukan yang mampu menjana idea-idea baru untuk meneruskan agenda transformasi nasional yang dicetuskan Najib. Menurut Perdana Menteri, barisan cabinet yang baru dilantik tersebut adalah merupakan kabinet yang berimbang, campuran [...]

Berita sepenuhnya →

Isteri Tidur Di Ruang Tamu, Kepala Dipijak Dan Ditendang

by Black Hat May 15 2013, Info Terkini

KUALA LUMPUR: kerana berang isterinya keluar tidur di ruang tamu dan meninggalkannya dalam bilik, seorang lelaki berusia 44 tahun ‘naik hantu’ sebelum memukul mangsa menggunakan tali pinggang. Selain itu, dalam kejadian jam 11 malam kelmarin di sebuah rumah di Kepong, di sini, mangsa berusia 34 tahun itu turut disepak terajang suaminya lebih 30 minit tanpa belas [...]

Berita sepenuhnya →

Berasmara Dengan Isteri Orang

by Black Hat May 13 2013, Info Terkini

BATU PAHAT : Pengakuan Seorang lelaki mengaku tidak bersalah dan memberi pelbagai alasan kepada Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) Daerah Batu Pahat bagi mengelak ditahan  selepas didapati berkhalwat bersama pasangannya, semalam. Lelaki bersama pasangannya ditahan di  sebuah kediaman teres dua tingkat yang diubahsuai menjadi rumah tumpangan di  bandar ini, dalam operasi cegah maksiat yang dijalankan. Selain [...]

Berita sepenuhnya →