Info dan Berita Pendidikan

Info dan berita pendidikan ok? Koleksi Berita dan info pendidikan Malaysia untuk pelajar dan siswazah juga guru-guru. Sepoerti gaji, bantuan, mata pelajaran, bahan rujukan, pinjaman dan banyak lagi untuk pelajar, siswazah dan guru.

Pengorbanan dukung anak ke sekolah dibalas keputusan 7A

by Black Hat December 20 2012, Info Pendidikan

KOTA BHARU: Keadaan lumpuh dari pinggang hingga ke kaki sejak berumur setahun tidak menghalang seorang pelajar mencatat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini. Anis Adilah Amlaki, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Zainab I di sini memperoleh 7A dan 1E dalam keputusan peperiksaan yang diumumkan hari ini. Beliau meraih A dalam [...]

Berita sepenuhnya →

Semakan Keputusan PMR 2012

by Black Hat December 19 2012, Info Pendidikan

Semakan keputusan PMR 2012 !! Pelajar boleh membuat semakan atau mendapatkan terus keputusan PMR pada 19 disember 2012. Pelajar juga boleh semak keputusan PMR 2012 dengan sms, mengguna pakai format dan arahan pada gambar dibawah. Manakala bagi yang ingin mencuba membuat semakan secara online, anda boleh terus ke pautan link [semakan online] ini. – Info Pendidikan [...]

Berita sepenuhnya →

Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan SBP Tingkatan 1 2013

by MediaKini December 17 2012, Info Pendidikan

Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan SBP Tingkatan 1 2013: Para pelajar UPSR 2012 yang ada memohon bagi kemasukan Tingkatan 1 2013 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Kementerian Pelajaran Malaysia sudah boleh menyemak keputusan permohonan mereka secara atas talian. Semakan Permohonan SBP Tingkatan 1 Semakan permohonan ke Tingkatan 1 SBP boleh dibuat dengan menggunakan angka giliran UPSR. Laman [...]

Berita sepenuhnya →

Pelajar KUIS Demo Depan Rumah Pengarah

by Harian Malaya December 10 2012, Info Pendidikan

Pelajar KUIS Demo Depan Rumah Pengarah : Beberapa orang pelajar Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS ) semalam dilaporkan telah mengadakan satu demo  kecil didepan rumah salah seorang pengarah pemegang konsesi pengurusan asrama di sini, semalam. Difahamkan para pelajar tersebut melakukan demo kerana  tertekan kerana  yuran pengajian dan yuran asrama yang tinggi . Pelajar yang dikatakan datang dari [...]

Berita sepenuhnya →

Pilu Keputusan UPSR Tersilap

by Harian Malaya November 23 2012, Info Pendidikan

BANDAR PEKAN – Kecewa, pilu dan hampa itulah perasaan seorang calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang menanti keputusan yang diumumkan Isnin lalu apabila mendakwa terdapat kesilapan pada keputusan yang diterima. Nur Ainina Fitrah Jasmine Awg Muhamad, 12, Murid Sekolah Kebangaan Seri Makmur,  menitiskan air mata sedih apabila dia dikatakan tidak hadir menduduki kertas peperiksaan [...]

Berita sepenuhnya →

Keputusan UPSR 2012

Thumbnail image for Keputusan UPSR 2012 by Black Hat November 12 2012, Info Pendidikan

Keputusan UPSR 2012 – Pastinya menjadi debaran buat adik-adik yang menanti keluarnya keputusan UPSR 2012 mereka tersebut. Namun yang pastinya ibu bapa turut tidak seringkali menanyakan akan itu kepada anak-anak. Namun demikian, usah lagi ditanya anak-anak itu dan berikut adalah info tarikh sebenar Result Ujian Penilaian Rendah 2012 yang diduki. Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengumumkan [...]

Berita sepenuhnya →

Nenek 10 cucu terima ijazah

by Black Hat October 24 2012, Info Pendidikan

BANGI: Seorang nenek 10 cucu telah mencuri perhatian ramai apabila menjadi penerima ijazah sarjana muda tertua pada majlis Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke-40, di sini, semalam. Bersandarkan semangat yang tinggi dan pegangan menuntut ilmu hingga ke liang lahad, pesara guru, Rayah Abd Ghani, 74, dari Panchur Jaya, Seremban, Negeri Sembilan membuktikan warga tua mampu [...]

Berita sepenuhnya →

Pelajar putus cinta cedera akibat terjun dari motosikal

by Black Hat October 23 2012, Info Pendidikan

ALOR GAJAH: Angkara cinta monyet yang  tidak kesampaian, seorang pelajar perempuan tingkatan empat sebuah sekolah menengah di sini, cedera selepas dia terjun dari motosikal yang ditunggang laju pasangannya dalam satu kejadian di pantai Kuala Sungai Baru, dekat sini, kelmarin. Difahamkan, kejadian sekitar jam 6 petang itu dipercayai berlaku apabila mangsa yang berusia 16 tahun tidak [...]

Berita sepenuhnya →

Celcom Perkenal Peperiksaan Percubaan SPM Secara Online

by Harian Malaya October 20 2012, Info Pendidikan

KUALA LUMPUR – Info pendidikan, Celcom Axiata Berhad di beritakan akan memperkenalkan peperiksaan percubaan pertama kali untuk pelajar yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menerusi ‘Educube’, iaitu perkhidmatan pendidikan secara online. Menurut satu kenyataan, Celcom berkata ia akan memberi peluang kepada calon untuk menajam kemahiran mereka dalam empat subjek iaitu Matematik, Sains, English dan [...]

Berita sepenuhnya →

14 Ribu Kad Diskaun 1 Malaysia Di Serah

by Harian Malaya October 18 2012, Info Pendidikan

BANGI: Di anggarkan sebanyak 49,464 Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) telah diserahkan kepada pelajar di 27 Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) hari ini, membolehkan pemilik kad menikmati diskaun lima hingga 60 peratus untuk barangan terpilih. Menurut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata hingga kini sebanyak 231 syarikat membabitkan 2,414 cawangan termasuk koperasi bersetuju [...]

Berita sepenuhnya →

Awas, Pengambilan Antibiotik Berlebihan Boleh Membunuh

by Harian Malaya October 17 2012, Info Pendidikan

PUTRAJAYA: Menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, penggunaan antibiotik dikalangan rakyat Malaysia semakin meningkat dan jumlah kes melibatkan perkembangan bakteria atau AMR turut mencatatkan peningkatan berterusan. Kecenderungan rakyat Malaysia untuk mengambil antibiotik sebagai jalan mudah bagi sesetengah jenis penyakit yang dihidapi oleh kanak-kanak untuk menyekat perkembangan bakteria atau virus tertentu sebenarnya boleh membunuh. [...]

Berita sepenuhnya →

Komputer Riba 1Malaysia Ditambah 500,000 Unit

by MediaKini October 17 2012, Info Pendidikan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 500,000 unit komputer riba bakal diagih sebagai tambahan kepada sejuta unit yang diperuntuk di bawah Program Komputer Riba 1Malaysia. “Selepas mengambil kira keperluan serta permintaan yang tinggi daripada orang ramai, sejumlah 500 ribu unit komputer riba telah ditambah menjadikan jumlah keseluruhan 1.5 juta unit” Program Komputer Riba 1Malaysia diumum sejajar denagn [...]

Berita sepenuhnya →