Berita Politik Malaysia

Berita politik Malaysia !! Blog berita dan info tentang kemelut politik Malaysia sepertia PAS PKR BN UMNO dan lain.

PKR putus boikot angkat sumpah malam ini

by Kamarul Anuar June 12 2013, Info Politik

PETALING JAYA: PKR bakal memutuskan keputusan untuk memboikot majlis angkat sumpah anggota parlimen atau tidak pada mesyuarat Biro Politik malam ini. Ahli Parlimen Ampang, Rafizi Ramli memberitahu bahawa keputusan akan diperolehi malam ini. Sebelum ini, PAS dan DAP mengesahkan anggota Parlimen mereka bakal hadir majlis angkat sumpah. Mereka hanya bersetuju untuk memboikot pada majlis taklimat [...]

Berita sepenuhnya →

Adam Adli tak layak digelar aktivis pelajar

by Kamarul Anuar June 12 2013, Info Politik

Penahanan bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abd Halim atas kesalahan mengeluarkan kenyataan yang berbaur hasutan pada Forum 13 Mei Hari Bangsa Malaysia anjuran Suara Anak Muda Malaysia (SAMM) baru-baru ini, wajar menjadi sebagai iktibar kepada semua anak muda. Adam Adli pernah bertindak menurunkan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di [...]

Berita sepenuhnya →

Kelantan Terus Usahakan Untuk Dapatkan Royalti -MB

by Nur Amira May 27 2013, Info Politik

                     (MB Kelantan maraikan Persatuan Anak Kelantan Darulnaim Selangor dan Kuala Lumpur (Persada) di pejabatnya semalam) KOTA BHARU: Kerajaan negeri Kelantan akan terus berusaha untuk mencari jalan,  selagi ianya tidak bercanggah dengan undang-undang bagi  mendapatkan royalti untuk negeri itu. Inilah jaminan yang diberikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob ketika berucap di majlis meraikan anak [...]

Berita sepenuhnya →

Imigresen cari pelajar cemar imej negara

by Nur Husnia Azuani May 27 2013, Info Politik

Halang masuk ke dalam negara antara tiga hingga lima tahun Jabatan Imigresen sedang mengesan rakyat Malaysia di luar negara termasuk pelajar yang cuba menggulingkan kerajaan dan menjatuhkan imej negara.Disamping itu,Ketua Pengarahnya, Datuk Alias Ahmad, berkata pihaknya tidak teragak-agak bertindak tegas termasuk melarang mereka daripada memasuki negara ini bagi tempoh antara tiga hingga lima tahun mengikut Seksyen [...]

Berita sepenuhnya →

ADUN DAP nafi undi dikira dalam gelap

by Nur Husnia Azuani May 26 2013, Info Politik

Kuantan Pahang: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Ketari, Lee Chin Chen, semalam tampil menafikan dakwaan berlaku gangguan elektrik di pusat penjumlahan undi Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Bentong pada malam 5 Mei lalu. Oleh itu,Penafian pemimpin parti sekutu pakatan pembangkang itu sekali gus membuktikan dakwaan berkenaan yang dilemparkan pihak tertentu, tidak berasas sama sekali [...]

Berita sepenuhnya →

Nasional Jangan runtuh negara

by Nur Husnia Azuani May 26 2013, Info Politik

Kerajaan tak boleh dipilih melalui perhimpunan di jalan raya: Najib Putrajaya: Datuk Seri Najib Razak  berkata perubahan kerajaan yang mahu dituntut mestilah berpandukan kepada keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang bukannya melalui himpunan di jalan raya. Selain itu.Perdana Menteri berkata, mana-mana negara pun perlu kepada sistem politik berdasarkan kepada kaedah siapa yang layak memimpin negara melalui [...]

Berita sepenuhnya →

WSJ: Perjanjian sulit Anwar

by Nur Husnia Azuani May 26 2013, Info Politik

JAKARTA – Bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla mendakwa ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkhianati perjanjian rahsia untuk menghormati keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) pada 5 Mei lalu. Disamping itudakwaan Jusuf itu dilaporkan oleh akhbar The Wall Street Journal (WSJ) dalam satu artikel, semalam, semasa Anwar mengadakan protes berterusan menentang keputusan PRU13 yang [...]

Berita sepenuhnya →

Pemuda buat laporan polis mengundi dua kali

by Nur Husnia Azuani May 21 2013, Info Politik

KUANTAN : Seorang pemuda semalam mengaku keluar mengundi dua kali kerana mahu membuktikan sistem pilihan raya menggunakan dakwat kekal masih boleh dipertikaikan. Mohd Fadhli Khaharruddin, 23, mendakwa tidak buang undinya kali kedua, sebaliknya berhasrat menyimpan kertas undi SPR dan nombor saluran sebagai bukti bahawa prosedur mengundi dengan dakwat kekal lemah. Selain itu, tindakan untuk keluar [...]

Berita sepenuhnya →

SPR selar Anwar sebagai ‘Raja Fitnah’

by Kamarul Anuar May 20 2013, Info Politik

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyelar Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Raja Fitnah apabila mendakwa bahawa 500,000 undi awal anggota pasukan keselamatan dimanipulasi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kerana jumlah sebenar pengundi berdaftar untuk kategori tersebut hanya kira-kira 230,000. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata Anwar melakukan pembohongan besar semata-mata [...]

Berita sepenuhnya →

Koo Ham: Saya tidak hina Sultan

by Kamarul Anuar May 19 2013, Info Politik

IPOH – “Saya hanya tujukan pada MCA, bukan ingin pertikai institusi diraja.” Itu reaksi  Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham ketika mengulas isu kenyataan kontroversinya dalam laman sosial yang disifatkan sebagai menghina institusi diraja oleh sesetengah pihak. Pengerusi DAP Perak tersebut berkata, kenyataan beliau adalah tidak berniat untuk mempertikaikan institusi diraja di Malaysia. “Dalam [...]

Berita sepenuhnya →

Khalid Serah Senarai Exco Kali Kedua?

by Black Hat May 18 2013, Info Politik

SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) hari ini mengesahkan menerusi laman mikro Twitter miliknya yang dia sudah pun menyerahkan senarai Exco Kerajaan Negeri kepada Sultan Selangor. “Calon-calon Exco telah dikemukakan kepada Tuanku DYMM Sultan Selangor dan saya akan menghadap Tuanku minggu depan,” tulis beliau. Abdul Khalid turut menyatakan, kerajaan negeri pimpinannya [...]

Berita sepenuhnya →

Lebih 50,000 hadiri ‘blackout 505′ Seremban

by Black Hat May 18 2013, Info Politik

SEREMBAN: Himpunan Suara Rakyat Suara Keramat peringkat Negeri Sembilan malam tadi menyaksikan kehadiran lebih 50,000 orang yang terdiri daripada  pelbagai kaum. Himpunan bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) malam tadi itu berlangsung di kawasan parkir Jalan Haruan 4/7, Pusat Komersial Oakland di sini. Seperti siri himpunan di beberapa negeri sebelum ini, lautan hitam [...]

Berita sepenuhnya →