Wan Shades Saman Roti Kaya

Wan Shades Teruskan Saman Rotikaya.com

Wan Shades teruskan saman rotikaya.com :  Sungguhpun dimaafkan namun Wan Shades teruskan tindakan saman portal rotikaya.com

Wan Shades Saman Roti Kaya

Isu ini adalah rentetan dari kupasan yang telah dibuat pada artikel di link Wan Shades Bakal Saman Rotikaya.com ini.

Mstar : Mohamad Faizal Mohd Ali bekas penyanyi kumpulan Shades atau lebih dikenali dengan nama Wan Shades, menuruskan niatnya untuk mengambil tindakan saman terhadap blog hiburan rotikaya.com dengan dakwaan telah memfitnah dirinya pada artikel bertarikh 20 Feb 2012 lalu yang bertajuk “Wan Shades Suspek Utama Penyanyi Kumpulan R&B Rogol Anak Tiri Selama Tujuh Tahun”.

Menurut Wan, beliau meneruskan tindakan saman itu kerana ingin memberi pengajaran kepada pihak tersebut  agar lebih berwaspada dan lebih beretika ketika membuat  sesuatu spekulasi atau tuduhan melalui mana-mana artikel.

“Tindakan membawa kes itu ke mahkamah adalah semata-mata untuk memberi pengajaran kepada blogger yang adakalanya mengambil remeh etika dalam penerbitan.

“Saman ini adalah untuk memperingati pihak tersebut ; sungguhpun berada dalam medium media yang bebas, itu tidak bererti mereka boleh menulis dan memfitnah sesuka hati tanpa mengikut etika dan membuat research yang betul sehingga boleh mengaibkan pihak yang tidak sepatutnya,”  Ujar Wan lagi.

Menurut Wan lagi, dakwaan tidak benar dari artikel berkenaan telah mencemarkan maruahnya sebagai seorang selebriti hiburan juga  selaku Naib Yang Dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayung Daerah Gobak dan Setiausaha Rukun Tetangga Gombak  Setia.

Wan juga memberitahu bahawa beliau telahpun bersemuka dengan pemilik blog hiburan berkenaan ketika dipertemukan dalam rakaman sebuah program “Awal Lagi” di siaran TV9 baru ini.

Ketika itu, pihak blog berkenaan telahpun memohon maaf kepadanya secara terbuka dan beliau sebagai seorang islam, menerima permohonan maaf tersebut dengan ikhlas.

“Sebelum ini saya telah memberikan tempoh 7 hari untuk pihak portal tersebut membuat permohonan maaf namun mereka langsung tiada inisiatif untuk berbuat demikian, akan tetapi saya tetap maafkan.

“Apabila blogger itu memohon maaf secara berdepan, kita sebagai seorang Islam kena terima dan saya telahpun memaafkan mereka. Akan tetapi dari segi kerjaya saya tetap akan meneruskan saman terhadap pihak tersebut,” ujarnya lagi.

Sungguhpun demikian, Wan agak kecewa apabila pihak portal hiburan tersebut seperti tidak mengambil serius terhadap isu itu dan seolah tiada apa yang berlaku sebaliknya permohonan maaf itu hanyalah sekadar di depan kamera sahaja.

Dalam masa yang sama, Wan turut menafikan bahawa tindakan ini adalah kerana ingin mencari publisiti selepas beberapa tahun menyepi dalam dunia hiburan.

“Ini bukannya satu satu inisiatif demi mencari publisiti untuk menaikkan nama kerana peminat masih kenal siapa saya tanpa memerlukan gimik seperti ini, kerana masih banyak cara lain yang boleh dibuat,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lainnya, Wan kini sedang dalam proses menghasilkan single solo pertamanya buat para peminat sebelum menyusul dengan album baru nanti.

 

Read More

Wan Shades saman Rotikaya.com

Wan Shades Bakal Saman Rotikaya.com

Wan Shades Bakal Saman Rotikaya.com?? Kes berat ni kalau sampai Wan Shades nak Saman Rotikaya.com, blog hiburan yang terkenal di tanah air kita. Apa kes sebenarnya ni sehinggakan mahu saman menyaman?? Ok, kisahnya bermula apabila blog hiburan itu menerbitkan artikel yang dianggap menfitnah bekas penyanyi kumpulan Shades, Mohamad Faizal Mohd Ali atau Wan Shades di laman blognya baru-baru ini.

Wan Shades saman Rotikaya.com

Artikel itu dikeluarkan dalam blog Rotikaya.com pada 20 Februari lalu dengan bertajuk Wan Shade Suspek Utama Penyanyi Kumpulan R&B Rogol anak Tiri Selama Tujuh Tahun yang dikatakan secara jelas merujuk kepada dirinya. Bagaimanapun, artikel itu sudah dikeluarkan daripada blog berkenaan.

Wan yang juga pelakon drama atas nama cinta yang sedang hangat ditayangkan kini berkata, tindakan undang-undang terpaksa diambil untuk memberi pengajaran kepada pengendali blog itu supaya bertanggungjawab terhadap artikel yang dikeluarkannya selain meminta mereka tampil untuk menjawab setiap tuduhan yang dilemparkan.

“Artikel yang dikeluarkan adalah satu spekulasi tidak benar dan ia mencemarkan maruah saya sebagai artis dan nama baik saya sebagai Naib Yang Dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayung Daerah Gombak dan Setiausaha Kawasan Rukun Tetangga Gombak Setia,” katanya pada sidang media di rumahnya di Taman Melati di sini, semalam.

Wan Shades memberi tempoh tujuh hari kepada blogger itu untuk menjawab tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

“Saya sedia bersemuka dengan blogger terbabit untuk mendapatkan penjelasan, namun mereka gagal dihubungi,” katanya.

Beliau turut membuat laporan di Balai Polis Ukay Perdana pada hari sama selepas membaca artikel berunsur fitnah diterbitkan dalam blog berkenaan. Diharapkan kisah Wan Shades saman pengendali Rotikaya.com ini memberi pengajaran kepada blogger termasuklah diri saya sendiri.

Read More